KALAMULLAH

MUTIARA HADITH

" Dalam riak wajah ada pancaran dakwah.Dalam tutur bicara ada gema tarbiah.Dalam gerak langkah ada semangat mujahidah.
Kita lupakan wajah yang layu, kita tinggalkan bicara yang pilu, kita kuburkan langkah yang lesu.
Bangkitlah perjuangan!
Tatkala yang haq mendabik megah, dan kebatilan akur menyembah...Allah tahu kita pernah menyeka peluh dan air mata demi Islam tercinta”


TEGUHKAN KEIMANAN, TETAPKAN PENDIRIAN.

SEMOGA TERUS THABAT DALAM PERJUANGAN.

Wednesday, February 10, 2010

PERSATUAN MAHASISWA MAHASISWI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM


BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN MAHASISWA MAHASISWI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA BERSAMA PENGARAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KUIM, USTAZ NAZLI BIN OMAR MENGABADIKAN KENANGAN SEUSAI MAJLIS ANUGERAH DEKAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KUIM.
"SEMOGA TERUS GEMILANG"

SUBHANALLAH!




Ana perasan fenomena ini berlaku ketika sedang menikmati santapan di warung makan berhadapan kolej pada pukul 12.00 tengah hari. Ianya merupakan satu lingkaran yang mengelilingi matahari. Lingkaran tersebut terdiri daripada warna- warna seperti warna pelangi. Kebelakangan ini cuaca begitu panas sehingga kulit boleh menjadi hangus jika tidak menggunakan "sun protection" seperti payung dan sebagainya (dah lama tak hujan). Dan pada hari ini, ana begitu teruja melihat ke atas langit tanpa menghiraukan bahang sang suria yang sedang menggila.Lantas, kalimah pertama yang lahir dari lisan ini ialah "SUBHANALLAH..."