SUNNAH ORANG BERJUANG-HIJJAZ
  
 
  
Berjuang menempah susah
  
  
                                                   Menanggung derita menongkah fitnah                                                     
Inilah gelombang hidup samudera
  
Seorang mujahid memburu syahid
  
 
  
Dibuang dia berkelana
  
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
  
Namun jiwa tetap mara menuju cita
  
Seorang syahid memburu syahid
  
 
  
Berjuang tak pernah senang 
  
Ombak derita tiada henti
  
Tenang tegang silih berganti
  
Inilah sunnah orang berjuang
  
 
  
Malamnya bagai rahib merintih sayu
  
Dihiris dosa air mata
  
Siangnya bagaikan singa di rimba
  
Memerah keringat meluah tenaga
  
 
  
Berjuang memang pahit 
  
Kerana syurga itu manis
  
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
  
Bukan sedikit pedih yang ditagih
  
 
  
Berjuang ertinya terkorban
  
Rela terhina kerana kebenaran
  
Antara dua pasti terjadi
  
Tunggulah syahid atau menang.
  
 
  
  
Hari-hari dalam kehidupan kita memang sentiasa berdepan dengan satu perjuangan.Tak kiralah perjuangan dalam bentuk apa sekalipun.Namun,perjuangan yang sebenar adalah pelaksanaan kata-kata.Ish, ana dah berfalsafah pula...
  
Hidup sebagai seorang pelajar menuntut satu pengorbanan yang besar untuk mengharungi sebuah perjuangan.Perjuangan yang menjanjikan masa hadapan yang lebih baik daripada yang sedia ada.Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih...Sekarang ni ana sibuk betul dengan kuliah, assignment, program di kolej dan meeting.Itupun belum total lagi dengan program di luar kolej, usrah dan sebagainya.Kadang-kadang, makan dan rehat tak menentu.Selalu sangat tidur lewat.Pernah ana langsung tak tidur dalam sehari tu sebab berjihad nak siapkan presentation subjek Usul Fiqh II topic As-Sunnah dan Ijma’ untuk sesi tutorial esok paginya dengan Khusnul dan Yana.Tak pernah ana buat macam tu selama ni.Rasa seronok pula tak tidur semalaman.Tapi..... Ya Allah!Muka jadi pucat dan minda pun jadi separuh sedar masa presentation tu.Lain yang ditanya, lain pula jawapan yang diberi.Walaubagaimanapun,sesi presentation berjalan dengan baik.Ustazah pun nampak macam berpuas hati je.Alhamdulillah.Habis je kelas, terus syahid la.Seronok bila kita sama-sama berjuang dengan teman-teman.Bila ada yang patah semangat, yang lain bertindak sebagai booster.Selagi kita bernafas, perjuangan perlu diteruskan.Meminjam trademark seorang sahabat ana, FI SABILILLAH!SALAM PERJUANGAN YA SODIQI...