Bismillahirrahmanirrahim
Ke arah satu
perjalanan dalam sebuah kehidupan...
Kedewasaan
dan dewasa menurut taakulan ana merupakan dua dimensi yang berbeda. Kedewasaan
merupakan sifat keperibadian dan jati diri manakala dewasa pula adalah sifat
zahir semata. Kedewasaan dan menjadi dewasa tidak mengenal sesiapa, tidak
memerlukan banyaknya perhitungan usia tetapi butuh kepada pengalaman yang
dilalui sepanjang perjalanan hidupnya seorang insan itu. Banyak kita mendengar
pengalaman membuatkan kita dewasa. Pengalaman adalah guru yang terbaik buat
kita. Sebagai contoh yang boleh diambil, jika kita tidak pandai berenang kita
akan terus berada dalam ketakutan dengan set minda bahawa kita akan tenggelam
dan mungkin mati sekiranya terus melompat ke air tanpa mempelajari kemahiran
dan skill berenang dengan baik. Mungkin memakan masa untuk kita memahirkan diri
mempelajarinya. Tetapi apa akan terjadi jikalau kita tergelincir lalu terjatuh
ke dalam air ? Menghadapi saat-saat yang mencemaskan itu tidak mungkin kita
akan merelakan diri ditelan air.
Percayalah bahawa diri kita tiba-tiba menjadi pandai berenang setelah
situasi mencemaskan yang hampir meragut nyawa berlaku ke atas diri. Pada ketika
itu kita percaya pada diri bahawa pengalaman itu menjadi guru kita, yang
membuatkan kita matang dan menuju kedewasaan.
Dewasa
hanya dinilai berdasarkan banyaknya usia seseorang. Seorang remaja yang berumur
15 tahun tentunya belum boleh digelar orang dewasa. Tetapi, remaja 15 tahun itu
dewasa terhadap kehidupannya. Mungkin sahaja keperitan dan penderitaan yang
dialaminya membuatkan dia menuju kedewasaan dan kematangan peribadinya.
Kedewasaannya terpancar pada sifat peribadi dan air muka.
Empat
peristiwa yang pernah terjadi dalam kehidupan ana :
Pertama
: Seorang junior semester satu menyapa ana sambil saling menyambut salam,
bertukar senyuman.
Junior
: Kak, akak semester 6 ye?
Ana
: Tak dik. Baru semester 4.
Junior
: Oh ye ? Maaf kak. Tapi saya tengok akak berjalan dari jauh tadi nampak macam
penat je, akak macam banyak kerja je. Tengok muka akan pun macam dah sem 6 je.
Ana
: (Tersenyum dan terus berlalu kerana pada masa itu memang betul kata junior
itu. Ana kepenatan)
Junior
itu memerhatikan ana seperti sudah banyak usia. Dia menilai melalui air muka.
Kedua
: Dalam satu kumpulan usrah, berkenalan dengan ahli baru. Bermula dari naqibah
seterusnya mad’u ‘lama’ dan ‘baru’.
Mad’u
baru : Ukhti, maaf ye. Ana ingatkan anti berumur dalam 23 ke 25 tahun mula-mula
tadi. Tengok muka anti, cara bercakap, cara pembawaan diri...Rupa-rupanya kita
sebaya.
Ketiga
: Singgah di gerai membeli sejenis makanan yang menjadi kesukaan ana setelah
jauh berjalan menjelajah bandar mencari pekerjaan bersama seorang sahabat.
Pakcik pemilik gerai bersuara.
Pakcik
: Tak sekolah ke dik?
Ana
: Tak pakcik. Saya baru habis belajar, tengah cari kerja.
Pakcik
: Ooo...
Menurut
ana, faktor ketinggian menjadi penyebab pakcik itu berfikiran ana budak
sekolah. Selain itu, faktor ana begitu gembira bertemu dengan makanan kesukaan
terzahir di muka juga antara puncanya.
Keempat
: Berada di terminal bas untuk ke rumah seorang akhawat ISMA Seremban.
Tercari-cari bas yang boleh menurunkan ana di hadapan JPJ Senawang.
Ana
: Selamat pagi uncle.Uncle, bas ni lalu depan JPJ Senawang tak?
Uncle:
(Mengangguk) Adik nak turun kat situ ke?
Ana
: Ye uncle. Berapa tambangnya uncle ?
Uncle:
Seringgit je dik. Tak sekolah ke dik?
Ana
: Tak. Saya baru habis belajar uncle.
Driver
tersebut merupakan seorang lelaki India berusia linkungan 40 an yang fasih
berbahasa Melayu dan baik hati kerana melihat cara beliau bertanya menonjolkan
sifat kebapaan.
Begitulah antara perbualan yang pernah berlaku berkisar
kedewasaan dan dewasa. Tidak pasti apakah hipotesis yang boleh dicapai
melaluinya. Mereka punya pandangan berbeza dari kaca mata tersendiri. Menjadi
dewasa atau kedewasaan adalah pilihan ana namun menjadi orang dewasa yang
berhadapan dengan komitmen kerjaya khususnya belum bersedia.
Membina
persediaan kadang-kadang tidak memerlukan waktu. Justeru, binalah persediaan
dengan menghadapinya terlebih dahulu. Asah daya taakulan kita dengan memikirkan
hikmah-hikmah tertentu, tiada asbab yang sia-sia Allah menjadikan begini dan
begitu. Maknakan diri kita dengan sifat kedewasaan yang jitu, jadilah kita
ummah yang maju.
SEMOGA KESUSAHAN BISA MENGAJAR ERTI TERUS
ASA
Salam
Kedewasaan, Salam Kemerdekaan, Salam Pengakhiran Lebaran...
Salam
1 Malaysia.