KALAMULLAH

MUTIARA HADITH

" Dalam riak wajah ada pancaran dakwah.Dalam tutur bicara ada gema tarbiah.Dalam gerak langkah ada semangat mujahidah.
Kita lupakan wajah yang layu, kita tinggalkan bicara yang pilu, kita kuburkan langkah yang lesu.
Bangkitlah perjuangan!
Tatkala yang haq mendabik megah, dan kebatilan akur menyembah...Allah tahu kita pernah menyeka peluh dan air mata demi Islam tercinta”


TEGUHKAN KEIMANAN, TETAPKAN PENDIRIAN.

SEMOGA TERUS THABAT DALAM PERJUANGAN.

Tuesday, January 26, 2010

IQRA', ITQAN !

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
Para sahabat yang dikasihi Allah,
Tulisan ini bukan karya ana yang asal tetapi ana perolehnya daripada blog seorang khalifatullah yang telah ditiupkan rasa kesedaran oleh Allah 'Azza wa Jalla yang menebal di dalam jiwanya bagi menyentap kita dari kelekaan yang begitu tangguh terhadap isu agama. Yang pastinya, IMAN kita yang sentiasa ada pasang surutnya dikhuatiri mengheret kita ke lembah ketandusan AQIDAH. Menjadi satu tanggungjawab juga bagi ana untuk bawakan risalah ini ke blog usang ini bagi tatapan para sahabat yang lain.
Jangan pandang enteng, tetapi ambillah ia sebagai bekalan dan pedoman buat kita bagi menghadapi ancaman dan taufan AKHIR ZAMAN.
TEPUK DADA, TANYA IMAN.


ADA APA PADA AJL 24 ?



Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;




piramid

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?




Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…


3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.

Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.


Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.



Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.



di tali gitar




ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?



Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...


*penambahan:


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.


Sekadar penambahan. Terima Kasih.

(Para sahabat bolehlah terus melihat dan menyusuri input bermanfaat ke
www.jejakitinggalanrasul.blogspot.com)

Thursday, January 7, 2010

KEPIMPINAN : AMANAH ATAU SUATU PILIHAN ?



Sangat menarik jika kita membahaskan masalah kepemimpinan. Semua manusia diciptakan tidak lain adalah untuk menjadi seorang pemimpin. Khalifatul fil ard. Minimal aplikasi dari memimpin adalah memimpin diri sendiri.

Selanjutnya, apa sebenarnya makna yang terkandung dari kata memimpin? Memimpin adalah suatu pilihan. Tidak sekadar suatu amanah. Menjadi pemimpin adalah suatu pilihan yang harus diperjuangkan.

Selama ini banyak teori yang menjelaskan bahwa pemimpin adalah suatu amanah yang diberikan oleh seseorang atau suatu kelompok pada orang tersebut. Dari teori tersebut seolah posisi pemimpin merupakan bonus dari suatu usaha. Padahal jika dicermati, bonus merupakan suatu penghargaan yang diberikan oleh orang lain akan jasanya. Menjadi pemimpin merupakan hak semua orang.


Menjadi pemimpin merupakan sebuah pilihan yang harus diperjuangkan. Perjuangan ini terjadi kerana sebuah realiti dari makna khalifahtul fil ard. Memimpin adalah mempunyai sebuah pekerjaan luhur untuk mengarahkan kelompok yang dipimpinya untuk berjalan di jalur yang benar. Pendek kata, pemimpin adalah seorang faruq, furqan, yang mampu membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Dari kemampuan itulah pemimpin diharapkan mampu mengantarkan kaumnya agar menjadi lebih baik.

Sedangkan, kemampuan untuk membezakan mana yang baik dan buruk merupakan syarat mutlak yang harus dimiliki oleh seorang yang dewasa. Seorang yang dewasa mempunyai kemampuan untuk berfikir lebih lanjut. Pola pemikiran yang lebih maju, ertinya mampu menyimpulkan suatu perkara, menandakan seseorang telah dewasa.

Kemudian, dari kemampuan membezakan yang baik dan buruk dituntut untuk memberikan sebuah peringatan bagi yang lain. Selain peringatan, setiap manusia dituntut juga untuk bisa saling mengingatkan dalam hal kebaikan. Inilah makna yang seharusnya diperhatikan oleh setiap orang. Sehingga yang muncul adalah memimpin adalah sebuah hal yang harus diperjuangkan, tidak sekadar amanah belaka.

Setelah menjadi seorang pemimpin, manusia mempunyai sebuah amanah untuk mendidik dan mengarahkan umatnya. Amanah ini akhirnya berdifusi menjadi sebuah kewajiban yang harus dipikul. Seorang pemimpin yang baik adalah seorang yang mampu menjalankan amanah berupa kewajiban dalam menjalankan fungsinya sebagai pemimpin.

Pemimpin bagai sebuah madrasah, sekolah bagi umatnya. Berhasil atau tidaknya tergantung dari lulusan yang dilahirkan di akhir kepemimpinannya. Pemimpin wajib memberikan pencerdasan pada umatnya. Pemimpin dipandang sebagai seorang yang lebih kuat dan mampu dalam berfikir. Sehingga keberadaanya harus mempunyai pengaruh dan perubahan untuk umatnya.

Hal terpenting yang harus dimiliki seorang pemimpin adalah visi dan misi yang tangguh. Visi dan misi bisa terbangun jika seorang pemimpin mempunyai sebuah kerangka berfikir yang matang. Kerangka berfikir mampu mengarahkan seseorang untuk dapat memutuskan hal apa yang seharusnya diambil.

Begitu juga seorang pemimpin, dia harus mempersiapkan dirinya untuk menentukan warna apa yang harus ada jika dia nanti memimpin. Warna kebatilankah yang diperjuangkan, atau warna kebaikan yang dijunjung. Di sinilah yang menentukan bahawa pemimpin merupakan suatu pilihan yang
harus diperjuangkan. Visi dan misi ini merupakan dari visi dan misi Al-Quran yang perlu ada pada setiap muslim. Visi dan misi inilah yang membezakan dengan yang lain.

Visi dan misi terbesar seorang muslim adalah:
1. Sebagai pejuang kebenaran, menegakkan agama Allah.

2. Sebagai pemimpin yang menjadi teladan.

3. Sebagai pionir yang penuh dengan inisiatif dan kreatif.

4. Sebagai pelita cahaya yang menerangi relung kehidupan.

5. Sebagai penebar cinta yang membawa kedamaian.

Dengan dasar visi dan misi di atas, akan terbentuk suatu sistem kepemimpinan yang tangguh.

Saturday, January 2, 2010

BUKU "ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW IN MALAYSIA"



Buku tersebut diperlukan bagi rujukan subjek UND 2083, PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA.Harganya...MASYAALLAH!!!RM 135.Terbayanglah di kotak fikiran ini akan betapa besarnya jumlah wang tersebut.Campur belanja makan sebulan lagi.ALLAH...
Mana nak cari buku ni??? Kalo nak fotostat, nanti tak sedap pula nak buat revision.Kat MPH dah mengembara,kat POPULAR pun dah. Banyak kali dah pergi.

Mana-mana sahabat yang ada jumpa buku tersebut bagitahu ana ya.Shukran.JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KASIRA.