Bismillahirrahmanirrahim...
Sejenak terpana dengan keindahan kalam sempurna meleraikan belenggu mazmumah yang menodai hati melumpuhkan rohani. Bersama merenung ke dalam diri mampukah memecahkan tembok pemisah nurani antara insani.
Hidup terlalu singkat untuk membenci.Maafkanlah...
- Maafkanlah supaya kita diampunkan.
- Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
- Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
- Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
- Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
*(Dipetik dari novel Sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha
Mohd Noordin, halaman 731)