KALAMULLAH

MUTIARA HADITH

" Dalam riak wajah ada pancaran dakwah.Dalam tutur bicara ada gema tarbiah.Dalam gerak langkah ada semangat mujahidah.
Kita lupakan wajah yang layu, kita tinggalkan bicara yang pilu, kita kuburkan langkah yang lesu.
Bangkitlah perjuangan!
Tatkala yang haq mendabik megah, dan kebatilan akur menyembah...Allah tahu kita pernah menyeka peluh dan air mata demi Islam tercinta”


TEGUHKAN KEIMANAN, TETAPKAN PENDIRIAN.

SEMOGA TERUS THABAT DALAM PERJUANGAN.

Monday, November 14, 2011

HIDUP TERLALU SINGKAT UNTUK MEMBENCI

Bismillahirrahmanirrahim...
Sejenak terpana dengan keindahan kalam sempurna meleraikan belenggu mazmumah yang menodai hati melumpuhkan rohani. Bersama merenung ke dalam diri mampukah memecahkan tembok pemisah nurani antara insani.
Hidup terlalu singkat untuk membenci.Maafkanlah...
  •  Maafkanlah supaya kita diampunkan.
“...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(an-Nur: 22) 

  • Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.
“...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(at-Taghabun: 14)


  •  Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh.”(al-A’raf: 199)

  • Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
“Tetapi barangsiapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”(asy-Syura: 43)

  • Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
“...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan orang lain.”(Ali Imran: 134)

*(Dipetik dari novel Sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha Mohd Noordin, halaman 731)

2 comments:

  1. ana hita....rase nye ct da tau mcm ne nk tggl kn url blog ct...huhuhu...tang tue agk lmbt ckit tok d fhmi....kwang kwang kwang.....

    ReplyDelete
  2. ana hita.......jom nengok bloh sahaye....huhu

    ReplyDelete