KALAMULLAH

MUTIARA HADITH

" Dalam riak wajah ada pancaran dakwah.Dalam tutur bicara ada gema tarbiah.Dalam gerak langkah ada semangat mujahidah.
Kita lupakan wajah yang layu, kita tinggalkan bicara yang pilu, kita kuburkan langkah yang lesu.
Bangkitlah perjuangan!
Tatkala yang haq mendabik megah, dan kebatilan akur menyembah...Allah tahu kita pernah menyeka peluh dan air mata demi Islam tercinta”


TEGUHKAN KEIMANAN, TETAPKAN PENDIRIAN.

SEMOGA TERUS THABAT DALAM PERJUANGAN.

Wednesday, December 23, 2009

GOLONGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MENURUT IMAM AL-BAGHDADI


Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim

Saya membaca tulisan mengenai makna atau definisi Ahlu al-sunnah wal Jamaah (ASWJ) oleh Dr MAZA pada pertengahan November 2009 lepas dalam Utusan Malaysia. Penulis mengutip definisi Ahlussunnah yang ditulis oleh Imam al-Baghdadi (wafat429H) dalam kitabnya al-Farq Baina al-Firaq. Namun malangnya perkataan 'al-turuq al-sifatiah' atau 'jalan-jalan sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal itulah antara perkara yang penting bagi menentukan samada tauhid yang mensyarahkan sifat-sifat adalah sesuatu yang baru atau sememangnya sudah lama. Pada saya, ada sedikit masalah 'amanah ilmu' bila dia tidak menerangkan secukupnya maksud al-Baghdadi bila mensyarahkan pengertian ASWJ (atau mungkin dia tidak sengaja). Penulis juga tidak memperjelaskan penerangan Imam al-Baghdadi (selepas memetik definisi Imam itu) berkaitan dengan definisi tersebut.

Demikian juga,
ada sebuah lagi penulisan yang menceritakan aliran pemikiran tauhid di Nusantara yang merujuk bahawa aliran yang mensyarahkan Sifat 20 hanyalah muncul selepas tahun seribu Hijrah melalui Imam Sanusi dengan kitabnya Umm al-Barahin. Penulis tidak merujuk kemunculan metode tersebut kepada penyusunnya yang sebenar iaitu Abu Hassan al-Asy'ari (wafat324H) yang muncul pada akhir kurun ke 3 Hijrah (atau mungkin dia juga tidak sengaja).


Dalam kesempatan ini, saya hanya mahu menjelaskan siapakan Ahlussunnah menurut penulisan Imam al-Baghdadi yang telah menjadi rujukan definisi ASWJ supaya pembaca dapat memahaminya secara jelas. Bagi pembaca-pembaca yang berupaya membaca bahasa Arab, boleh merujuk terus kepada kitab Imam ini. Imam al-Baghdadi Rahimahullah menyatakan (hal.19):

"Maka golongan yang ke 73 ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu golongan ahl al-ra'y (Abu Hanifah dan murid-muridnya) dan ahlu al-hadis; bukan mereka yang mempermain-mainkan hadis; dan ulama fekah mereka, penghafal al-Quran mereka, perawi hadis dari mereka, dan ulama hadis di kalangan mereka, semuanya sepakat atas keesaan pencipta, keesaan sifat-sifatNya, keadilanNya, hikmahNya, dan nama-namaNya dan pada bab kenabian dan kepimpinan, hukum hudud, dan pada perkara usuluddin."




Seterusnya, Imam al-Baghdadi Rahimahullah memperincikan LAPAN (8) golongan yang termasuk dalam Ahlusunnah wal Jamaah (lihat bukunya dari halaman 240-243):

• Golongan pertama, mereka yang menguasai ilmu khususnya dalam bab Tauhid (meng-esa-kan Allah) dan kenabian, hukum-hukum wa'ad (khabar gembira) dan wa'id (ancaman siksa), pahala dan balasan, syarat-syarat ijtihad, pemerintahan dan kepimpinan. Mereka yang melalui jalan ini ialah ulama Kalam (Tauhid) yang bebas dari fahaman tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk) dan bebas dari fahaman ta'til (yang menafikan sifat-sifat yang Azali bagi Allah SWT)), dan bebas dari bidaah al-Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najariah dan seluruh pengikut bidaah dan hawa nafsu.

• Golongan kedua ialah imam-imam fiqh samada kumpulan yang cenderung pada rakyun (dalil aqal) atau hadith. Iaitu mereka yang beriktikad (berkeyakinan) pada perkara usuluddin dengan mazhab-mazhab sifat pada Allah dan pada sifat-sifatnya yang azali (membicarakan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana sifat 20), dan mereka bebas dari fahaman Qadariah dan Muktazilah; mereka menetapkan melihat Allah Taala dengan mata (di akhirat kelak) dengan mata tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta'til' (menafikan sifat-sifat Allah).

Termasuk dalam golongan ini ialah murid-murid kepada Malik, al-Shafie, al-Auza'i, al-Thauri, Abu hanifah, Ibn Abu Laila (wafat148H), sahabat-sahabat Abu Thaur (wafat240H), sahabat-sahabat Ahmad bin Hanbal (wafat241H), ahli al-Zahir, keseluruhan ulama fiqh yang beriktikad dalam bab-bab akal ini dengan prinsip-prinsip Sifat (tauhid yang membahaskan Sifat-sifat Allah). Dan mereka tidak mencampurkannya dengan apa-apa dari ahli bidaah dan hawa nafsu.

• Golongan ketiga ialah mereka yang menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadith dan sunnnah yang disampaikan oleh Nabi SAW, mereka berupaya membezakan antara sahih dan cacat antaranya, mengetahui sebab-sebab 'al-jarh wa al-ta'dil' (kredibiliti seorang rawi), dan mereka tidak memasukkan ilmu mereka dengan apa-apa dari ahli bidaah dan nafsu yang menyesatkan.

• Golongan ke empat ialah kaum yang menguasai kebanyakan topik-topik sastera Arab, nahu dan saraf. Mereka berada atas jalan pakar bahasa seperti al-Khalil (wafat175H), Abu 'Amr bin al-'Ala` (wafat 145), Sibawaih (wafat 180H), al-Farra' (wafat 207H), al-Akhfash (wafat 215H), al-Asma'i, al-Mazini (wafat 236H), Abu Ubaid (wafat 224H) dan seluruh imam-imam Nahu samada ulama-ulama Kufah atau Basrah, yang mana mereka tidak mencampurkan ilmu mereka dengan sesuatu dari bidaah al-Qadariah, atau Rafidhah atau Khawarij. Maka sekiranya seseorang itu cenderung ke arah nafsu yang menyesatkan, maka bukanlah ia dari golongan Ahlussunnah walaupun kata-katanya adalah 'hujah' dalam ilmu bahasa dan Nahu.

• Golongan ke lima, antaranya ialah mereka yang menguasai ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis qiraat untuk al-Quran, dan jenis-jenis tafsiran al-Quran, penakwilannya berdasarkan mazhab-mazhab Ahlussunnah, tanpa berpegang dengan takwilan ahli nafsu yang sesat.

• Golongan ke enam ialah, antaranya ialah para ahli zuhud sufi yang mempunyai ilmu maka jauh pandangan, yang telah dinilai maka ia diiktibarkan, mereka redha dengan hidup yang ringkas, mereka mengatahui bahawa penglihatan, pendengaran dan hati dipertanggungjawabkan terhadap kebaikan dan kejahatan; menghisab dengan neraca zarah-zarah, justeru menyediakan diri mereka dengan sebaik-baik perisapan untuk hari Kiamat. Perkataan mereka berjalan di atas dua jalan iaitu secara jelas dan isyarat di atas jalan ahli hadis, tanpa mereka 'membeli' pandangan yang mempermainkan hadis. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak, tidak pula meninggalkan kebaikan kerana malu kepada orang lain. Agama mereka hanya satu dan menafikan 'pentasybihan' (menyerupakan Allah dengan makhluk), mazhab mereka ialah tafwidh (menyerahkannya) kepada Allah SWT, bertawakkal kepadanya, penyerahan kepada-Nya, tenang dengan apa yang direzekikan-Nya.

• Golongan ke tujuh ialah, antaranya kaum yang terikat dengan barisan hadapan peperangan dengan orang-orang kafir, berjihad melawan musuh-musuh Islam, mereka menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka, dan menzahirkan pada barisan hadapan mereka Mazhab ASWJ.

• Golongan ke lapan ialah, antaranya kebanyakan negara-negara yang secara kebiasaannya terdapat syiar ASWJ, bukannya negara yang menzahirkan syiar ahli hawa-nafsu yang sesat.



Itulah huraian sebenar al-Imam Abdul Qahir bin Tohir bin Muhammad al-Baghdadi (wafat429H). Rupanya ramai sebenarnya yang diiktiraf sebagai Ahlussunnah. Ia berbeza dengan pandangan yang meminoritikan dan mengekslusifkan ASWJ hanya untuk golongannya sahaja dengan tuduhan sesat dan bidaah pada perkara remeh-temeh seperti qunut, talqin, zikir selepas solat, berdoa beramai-ramai dan sebagainya. Lihat kata Imam al-Baghdadi tentang perkara-perkara cabang (hal. 19):

"Mereka (ASWJ) hanya khilaf mengenai halal dan haram pada cabang hukum, bukanlah khilaf tersebut mengundang kepada sesat dan fasik; mereka adalah puak yang terselamat, kerana mereka bersatu pada keesaan pencipta dan qidamNya, qidam segala sifatnya sejak azali, dan harus melihatNya tanpa sebarang perumpamaan dan gangguan, serta yakin terhadap isi kandungan kitabNya dan rasulNya, dan mengikut segala syariat islam, dan menghalalkan segala yang dihalalkan oleh Al-Quran, dan mengharamkan segala yang diharam oleh Al-Quran, serta menerima apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan beriman pada hari kebangkitan dan perhitungan, dan soal dua Malaikat dalam kubur, beriman dengan telaga Kauthar dan Timbangan".



Semoga masyarakat Islam tidak terbelenggu dengan perpecahan yang lebih parah lantaran perkara-perkara tersebut. Banyak masa yang perlu digunakan untuk memperbetulkan generasi muda yang menyongsang arus dengan pelbagai gejala sosial. Wallahu a'lam.

Sumber : Http://DrAsmadiNet.blogspot.com

Friday, December 11, 2009


Pengenalan Tarannum

Tarannum (lagu) adalah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan terutamanya bacaan Al-Quran.
Tujuan mengalunkan seni suara adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca dan pendengar tentang kecantikan dan keindahan kalimah Allah serta boleh menghayati uslub-uslub Al-Quran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati, ruh serta dapat beramal dengannya.


Ciri-Ciri Tarannum Al-Quran Yang Mu’tabar Ciri-cirinya ialah ; 1. Nada (tingkatan atau tekanan bunyi suara) 2. Rentak (pergerakan menghidupkan bunyi suara) 3. Irama (alunan atau bentuk bunyi) Tegasnya sesuatu bunyi tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut maka ianya tidak dikatakan tarannum

Sejarah Umum

Mengikut ahli sejarah tarannum (muzik) bahawa asal-usul tarannum diilhamkan dari unsur-unsur berikut ; 1. Bunyi-bunyian geseran kayu. 2. Bunyi-bunyian tiupan angin. 3. Bunyi-bunyian kicauan burung. 4. Bunyi-bunyian air yang mengalir.

(hmmm…patutla indah sungguh bunyi tarannum ni ek…huhu..ok2,kita sambung)

ia kemudiannya telah digubah dan “ditalhinkan” oleh penyair untuk dijadikan pelbagai irama tarannum mengikut budaya masing-masing. Mengikut catatan Syeikh Muhammad Soleh Fathani, pengarang kitab “Siraj Al-Qari” bahawa pemodenan tarannum (muzik Arabi) adalah diimport dari Yunani iaitu seorang profesor muzik berbangsa Greek “Bathlamus Al-Hukm Philosofhy” kemudian dipanjangkan oleh pakar muzik tempatan, Ishak bin Ibrahim Al-Mushli An-Nadim.
Mengikut catatan seorang penyair dan ahli sejarah berbangsa Arab, Ibn Arabi bahawa bertarannum adalah budaya kepada masyarakat Arab yang silam, sehingga di mana sahaja mereka berada, samada ketika bekerja, berjalan atau berehat, mereka sentiasa mengalunkan tarannum di samping syair yang menjadi kebanggaan mereka.
Apabila munculnya agama Islam, maka Rasulullah s.a.w menggalakkan supaya umat Islam menukarkan budaya tersebut kepada budaya membaca Al-Quran dengan bacaan yang lebih baik dan cantik agar disegani dan dihormati oleh masyarakat.



Sejarah Tarannum Al-Quran

Menurut beberapa hadis soheh, tarannum Al-Quran telah bermula dari sejarah “Nuzul A-Quran” di Gua Hira’. Di sana, Rasulullah sendiri membaca Al-Quran dengan baik, cantik dan elok. Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca Al-Quran dengan “bertarannum, bertazyin dan bertahsin.”
Rasulullah telah memuji Abu Musa As-Sha’ari dalam sabdanya, “sesungguhnya bertuah engkau telah dikurniakan Allah dengan mazmir (suara yg cantik) dari jenis mazmir keluarga Nabi Daud,” riwayat Bukhari dan Muslim.
Hadis riwayat Saidatina Aisyah, katanya ; “pada suatu malam, saya bersama Rasulullah mengintai dengar bacaan Al-Quran yang sungguh merdu dan cantik oleh sahabatnya, Salim Maula Abi Hazifah. Setelah selesai bacaan Salim, Rasulullah segera bersyukur dan berdoa puji-pujian itu khusus bagi Allah, Tuhan yang menjadikan di kalangan umatku orang seperti ini, (Salim).”

(Daripada blog kumpulan nasyid FAR-EAST)

Tuesday, December 8, 2009

AWAS!!!

MULSIFIERS E- CODES FOR PIG FAT.

1. E 100 21. E 327 41. E 475

2. E 110 22. E 334 42. E 476

3. E 120 23. E 335 43. E 477

4. E 140 24. E 336 44. E 478

5. E 141 25. E 337 45. E 481

6. E 153 26. E 422 46. E 482

7.E 160 27. E 430 47. E 483

8.E 161 28. E 431 48. E 491

9. E 210 29. E 432 49. E 492

10. E 213 30. E 433 50. E 493

11. E 214 31. E 434 51. E 494

12. E 216 32. E 435 52. E 495

13. E 234 33. E 436 53. E 542

14. E 252 34. E 440 54. E 570

15. E 270 35. E 441 55.E 572

16. E 280 36. E 470 56. E 631

17. E 300 37. E 471 57. E 635

18. E 301 38. E 472 58. E 904

19. E 325 39. E 473 59. E 920

20. E 326 40. E 474

(Teliti 'ingredients' bagi setiap bungkusan makanan yang kalian beli!)

Awalan, ana mohon maaf kerana lambat bertindak untuk inform data penting ini kepada sahabat-sahabat. Sebenarnya, data ini ana dapat daripada kumpulan usrah ana pada pertengahan semester lepas. Baru sekarang ana berniat nak inform melalui ruangan ini. Tiada masa dan ruang waktu yang banyak untuk ana retyping semula info ini sebab ana dapat dalam bentuk hardcopy...Ditambah lagi dengan banyaknya kerja lain yang lagi utama untuk diselesaikan.

Ana nak ingatkan kepada kawan-kawan yang dikasihi supaya sentiasa teliti dalam pemakanan sehari-harian.Memang tak mampu untuk dinafikan kecetekan kita tentang maklumat pemakanan lantaran kita sendiri kurang mengambil tahu atau tak ada siapa dalam kalangan kita yang cuba menyampaikannya. Jika dimuhasabah diri, merenung dan mengimbas kembali, terfikirkah kita bahawa punca kita lemah ingatan, kurang cergas dan lalai dalam melakukan ibadat adalah bersumber dari apa yang kita makan. Kata orang, kita adalah apa yang kita fikirkan. Namun, tak salah bukan kalau ana mengatakan bahawa kita adalah apa yang kita makan? Kalau kita makan makanan yang baik dan menjadi sebati dengan darah daging kita, maka apa yang terzahir menampakkan yang molek dan baik. Bukan paras rupa atau fizikal yang ana maksudkan. Tetapi akhlak dan peribadi kita mungkin adalah bukti dari apa sumber yang kita suapkan ke dalam mulut sehinggalah ia dicernakan di dalam perut. Bagaimanalah, kita nak lahirkan lebih ramai Islam yang betul-betul Muslim... sedari kecil makanan-makanan mengarut ni menjadi santapan kita.Sungguh menghairankan, bagaimana terdapatnya tanda halal bagi makanan-makanan tersebut.Memang bijak agenda orang-orang kafir memperdayakan orang-orang Islam hanya melalui makanan. Sesungguhnya kebijaksanaan mereka takkan kekal lama. Ingatlah bahawa suatu masa yang telah ditetapkan Allah Ta’ala, orang-orang mukmin akan bangkit jua. Sama-samalah kita berpesan dan saling mengingati antara satu sama lain.


BILA SAATNYA KITA BICARA

Ketahuilah sebelum berkata-kata, sesungguhnya kata-kata itu tawanan kita. Akan tetapi, sesudah ia terlontar dari lisan, justeru kitalah yang ditawan oleh kata-kata sendiri. Buktinya, betapa banyak orang yang sengsara, menanggung malu, terbeban hatinya, bahkan membuat nyawanya melayang gara-gara kata-kata salah ungkap, yang keluar daripada mulutnya sendiri. Bila kita acap kali mudah menggelincirkan lisan ini ke dalam perbuatan-perbuatan sedemikian, maka pertanyaan yang harus segera berbalik kepada kita adalah, patutkah aku berkata-kata? Haruskah aku memberikan pandangan berkait masalah ini? Mengapa aku harus terikut-ikut memberikan penilaian, padahal kita sendiri mungkin tidak tahu permasalahan yang sebenarnya?

SUBHANALLAH! Siapapun yang memiliki lisan yang bernilai serta kata-kata yang mengandungi kekuatan hebat untuk mengubah orang lain menjadi lebih baik, satu hal yang harus direnungkan, yakni bahawa kekuatan terbesar daripada kata-kata kita adalah harus membuat orang lain senantiasa mendapatkan manfaat dari apapun yang kita ucapkan. Kalau sekadar berkata-kata, padahal kita sendiri tidak tahu ia membawa manfaat atau tidak maka sebaiknya kita diam sahaja. Berkata-kata itu baik dan dibolehkan, tetapi berdiam diri itu adalah jauh lebih baik jika kata-kata kita tidak membawa sebarang manfaat. Jika kita terfikir bahawa kita harus berkata-kata maka sebaiknya berikan yang terbaik kepada orang yang mendengarkannya dengan kata-kata yang paling indah, paling tulus, paling bersih dari segala niat dan motivasi yang tidak lurus. Usahakanlah kata-kata yang keluar dari mulut lisan kita ini kemas sedemikian rupa, sehingga membawa manfaat dan maslahat atau faedah bagi diri sendiri mahupun bagi jalan hidup orang lain.

Hanya empat hal dari kata-kata yang paling tinggi nilai dan kualitinya, yang seyogia atau patut keluar dari lisan kita ini. Perama, ketika mendapat nikamat kurniaan Allah. Kedua, ketika ditimpa musibah. Bersegeralah kita menyuruh mulut ini bersabar dengan ucapan INNALILLAHHIWAINNAILAIHIRAJI’UN. Ketiga, ketika mendapat taufik daripada Allah Ta’ala berupa kemampuan beribadah yang lebih baik daripada yang boleh dilakukan oleh orang lain, suruhlah ia berbunyi pula, yakini bahawa semua yang datang itu adalah daripada berkat kurnia Allah swt. Terakhir, ketika diri kita tergelincir ke lembah dosa atau lantaran alpa, lekas-lekas menyuruh lisan ini beristighfar memohon ampunan daripadaNya.

Natijahnya, percayalah bahawa diam itu emas. Orang yang sanggup memelihara lisannnya akan lebih kuat wibawanya berbanding mereka yang gemar menghamburkan kata-kata tetapi kosong maknanya. Berusahalah sentiasa agar kata-kata yang terbit daripada lisan kita ini benar-benar bersih dari penambahan-penambahan yang berunsur nista dan rekaan-rekaan semata.WALLAHU’ALAM

Tuesday, September 8, 2009


LELAKI ACUAN AL-QURAN

LELAKI ACUAN AL-QURAN
SEORANG LELAKI YANG BERIMAN
MEMILIH MUSLIM MUTTAQEEN SEBAGAI JATI DIRI
HATINYA DISALUTI RASA TAQWA KEPADA ALLAH SWT
APABILA DISEBUT ASMA' ALLAH..
GEMENTAR HATINYA, GEMURUH JANTUNGNYA

LELAKI ACUAN AL-QURAN
SENTIASA HAUS DENGAN ILMU
SOLATNYA ADALAH MARUAH DIRINYA
TIDAK PERNAH GENTAR UNTUK BERKATA BENAR
TIDAK PERNAH LESU UNTUK MELAWAN NAFSU

LELAKI ACUAN AL-QURAN
DIA YANG MENGHORMATI IBU BAPANYA
BAKTI DIHULURKAN BUAT AYAHBONDA DAN KELUARGA
DIA BAKAL MENJAGA KEHARMONIAN RUMAHTANGGANYA
KELAK MEMBERIKAN BIMBINGAN DUNIA DAN AKHIRAT
BUAT ZAUJAH JUA PERMATA HATINYA
WASATIAH AMALAN HIDUPNYA
PENDORONG MENUJU BAITI JANNATI
KERANA DUNIA BAGINYA HANYALAH
LADANG MENUJU AKHIRAT
JUA RUMAH SEMENTARA SAHAJA
MENUNGGU YANG NYATA DI AKHIRAT SANA

LELAKI ACUAN AL-QURAN
SENTIASA BERSEDIA UNTUK AD-DEENNYA
HIDUPNYA DISINARI CAHAYA NAUNGAN AL-QURANUL KARIM
SIFAT RASULULLAH KETAATAN DIRINYA
BICARANYA ADALAH AMALANNYA
GERAK LAKUNYA ADALAH ILMUNYA

LELAKI ACUAN AL-QURAN
PABILA MENGHADAP WAJAHNYA KEPADA YANG MENCIPTA
BERDIRINYA PENUH TERTIB
RUKUKNYA PENUH TAWADHU'
SUJUDNYA PENUH KUSYUK
DUDUKNYA PENUH TASYAHHUD
DOANYA PENUH MALU


"YA ALLAH, ANDAINYA KEJAHATAN TAK KU LAKUKAN KERANA TAKUT AKAN BAKARAN API NERAKA-MU, MAKA KAU CAMPAKKANLAH AKU KEDALAMNYA... ANDAINYA AKU MENDAMBAKAN SYURGA-MU KERANA PAHALA YG KAU JANJIKAN, MAKA KAU HARAMKANLAH KAKIKU MENJEJAK SYURGA IMPIANKU ITU,TETAPI JIKA HIDUPKU MATIKU KERANA MENGHARAPKAN REDHA-MU YA RABB, MAKA JANGANLAH KAU MALAPKAN HATI INI KERANA HATI INI TELAH BERLABUH UNTUK
SENTIASA TAAT DAN DEKAT DENGANMU,WAHAI RABBUL 'IZZATI.."

LELAKI ACUAN AL-QURAN
BASAH MATANYA KERNA RINDU-NYA PADA YANG KHALIQ
BASAH LIDAHNYA KERANA SELALU MENYEBUT ASMA' TUHANNYA
GEMAR TELINGANYA MENDENGAR ALUNAN ZIKIR MUNAJAT
TANGKAS LANGKAH KAKINYA BERJEMAAH DI RUMAH ALLAH

LELAKI ACUAN AL-QURAN
MEDAN PERJUANGAN SYAHID IMPIANNYA
HAYYA 'ALAL JIHAAD!!
MENYERU PARA MUJAHIDDEEN
DIALAH KUBU PERTAHANAN ISLAM
TEGAS DENGAN KAFIR LAKNATULLAH
TAKKAN MUDAH ISLAM TUNDUK PADA KUASA KUFFAR
KELUAR DIJALAN ALLAH SETINGGI CITA-CITANYA
TEGAKNYA MEMASAKKAN KALIMAH ALLAH DI PELUSUK DUNIA
KEWAJIPAN SEORANG DA'E BAGAI DIRINYA
HATINYA BAGAIKAN TAHU
BAHAWA MASIH RAMAI YANG CUKUP DAHAGAKAN
SUATU GEMERLAPAN CAHAYA ISLAM YG MAHA INDAH

DIALAH LELAKI ACUAN AL-QURAN
DIA LAYAK BUAT
WANITA ACUAN AL-QURAN JUA..
KERANA, BUATMU WANITA...
ANDAI DIRI MENGHARAP TEMAN SEZUHUD ALI KARRAMALLAHU WAJHAH
HIASILAH DIRI UMPAMA PEMURAHNYA FATIMAH AZ-ZAHRA
USAH DIDAMBA TEMAN SETAKWA NABI ALLAH IBRAHIM AS
ANDAI HATI TIDAK DISALUTI KETABAHAN SITI HAJAR
MENGAPA IMPIKAN TEMAN SEHEBAT KEKASIH ALLAH,MUHAMMAD SAW
ANDAI KESETIAAN BAGAI KHADIJAH AL-KHUWAILID BUKAN WAJAH DIRIMU!




WANITA ACUAN AL-QURAN

Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona

Dengan Buaian Dunia

Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT...