KALAMULLAH

MUTIARA HADITH

" Dalam riak wajah ada pancaran dakwah.Dalam tutur bicara ada gema tarbiah.Dalam gerak langkah ada semangat mujahidah.
Kita lupakan wajah yang layu, kita tinggalkan bicara yang pilu, kita kuburkan langkah yang lesu.
Bangkitlah perjuangan!
Tatkala yang haq mendabik megah, dan kebatilan akur menyembah...Allah tahu kita pernah menyeka peluh dan air mata demi Islam tercinta”


TEGUHKAN KEIMANAN, TETAPKAN PENDIRIAN.

SEMOGA TERUS THABAT DALAM PERJUANGAN.

Friday, December 11, 2009


Pengenalan Tarannum

Tarannum (lagu) adalah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan terutamanya bacaan Al-Quran.
Tujuan mengalunkan seni suara adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca dan pendengar tentang kecantikan dan keindahan kalimah Allah serta boleh menghayati uslub-uslub Al-Quran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati, ruh serta dapat beramal dengannya.


Ciri-Ciri Tarannum Al-Quran Yang Mu’tabar Ciri-cirinya ialah ; 1. Nada (tingkatan atau tekanan bunyi suara) 2. Rentak (pergerakan menghidupkan bunyi suara) 3. Irama (alunan atau bentuk bunyi) Tegasnya sesuatu bunyi tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut maka ianya tidak dikatakan tarannum

Sejarah Umum

Mengikut ahli sejarah tarannum (muzik) bahawa asal-usul tarannum diilhamkan dari unsur-unsur berikut ; 1. Bunyi-bunyian geseran kayu. 2. Bunyi-bunyian tiupan angin. 3. Bunyi-bunyian kicauan burung. 4. Bunyi-bunyian air yang mengalir.

(hmmm…patutla indah sungguh bunyi tarannum ni ek…huhu..ok2,kita sambung)

ia kemudiannya telah digubah dan “ditalhinkan” oleh penyair untuk dijadikan pelbagai irama tarannum mengikut budaya masing-masing. Mengikut catatan Syeikh Muhammad Soleh Fathani, pengarang kitab “Siraj Al-Qari” bahawa pemodenan tarannum (muzik Arabi) adalah diimport dari Yunani iaitu seorang profesor muzik berbangsa Greek “Bathlamus Al-Hukm Philosofhy” kemudian dipanjangkan oleh pakar muzik tempatan, Ishak bin Ibrahim Al-Mushli An-Nadim.
Mengikut catatan seorang penyair dan ahli sejarah berbangsa Arab, Ibn Arabi bahawa bertarannum adalah budaya kepada masyarakat Arab yang silam, sehingga di mana sahaja mereka berada, samada ketika bekerja, berjalan atau berehat, mereka sentiasa mengalunkan tarannum di samping syair yang menjadi kebanggaan mereka.
Apabila munculnya agama Islam, maka Rasulullah s.a.w menggalakkan supaya umat Islam menukarkan budaya tersebut kepada budaya membaca Al-Quran dengan bacaan yang lebih baik dan cantik agar disegani dan dihormati oleh masyarakat.



Sejarah Tarannum Al-Quran

Menurut beberapa hadis soheh, tarannum Al-Quran telah bermula dari sejarah “Nuzul A-Quran” di Gua Hira’. Di sana, Rasulullah sendiri membaca Al-Quran dengan baik, cantik dan elok. Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca Al-Quran dengan “bertarannum, bertazyin dan bertahsin.”
Rasulullah telah memuji Abu Musa As-Sha’ari dalam sabdanya, “sesungguhnya bertuah engkau telah dikurniakan Allah dengan mazmir (suara yg cantik) dari jenis mazmir keluarga Nabi Daud,” riwayat Bukhari dan Muslim.
Hadis riwayat Saidatina Aisyah, katanya ; “pada suatu malam, saya bersama Rasulullah mengintai dengar bacaan Al-Quran yang sungguh merdu dan cantik oleh sahabatnya, Salim Maula Abi Hazifah. Setelah selesai bacaan Salim, Rasulullah segera bersyukur dan berdoa puji-pujian itu khusus bagi Allah, Tuhan yang menjadikan di kalangan umatku orang seperti ini, (Salim).”

(Daripada blog kumpulan nasyid FAR-EAST)

No comments:

Post a Comment